A playground 'made' on the purpose for MiNdSlAvEr to see things in all perspective, encouraging MiNdSlAvEr to step 4ward in expressing anything to people. A playground where nobody is allowed to play around with him. Everyone MUST be serious here...except him, of course...

MiNdSlAvEr'S PlAyGr0uNd

Arsenal menang lagi^^ 2-1 Hull City

Wednesday, March 18, 2009 by MiNdSlAvEr

Perlawanan Arsenal menentang Hull City bg merebut slot ke separuh akhir Piala FA baru sahaja selesai dengan kemenangan berpihak kepada Arsenal... Kemenangan yg amat dramatik! Walaupun ketinggalan 1-0 pada separuh masa pertama, serangan bertali arus pada separuh masa kedua dibantu kemasukan Samir Nasri dan Bendtner serta kecemerlangan pemain2 lain berjaya menghasilkan 2 gol...

Gol pertama Arsenal jaringan van Persie terhasil akibat 'huru hara' di dalam kotak penalti Hull City. bola yang diterima Arshavin boleh sahaja menerjah gawang, namun, melihatkan posisi van Persie yg amat terbuka, bola dilurukan ke arah van Persie yg mudah menyudahkannya.

Gol kedua pula mengundang sedikit kontroversi apabila berlaku kekecohan dan dikatakan berlaku kekasaran kepada penjaga gawang Hull City. Bola yg terlepass itu mudah ditanduk Gallass bagi menghasilkan gol kedua Arsenal.

Perlawanan peringkat seterusnya bagi Piala FA adalah Arsenal menentang Chelsea, tunggu...

p/s: Dah lama xupdate, rindu pula. Disebabkan tiada isi dan penulis baru shj pulang dari menonton bola sepak, terhasillah posting ini...

Filed under , having