A playground 'made' on the purpose for MiNdSlAvEr to see things in all perspective, encouraging MiNdSlAvEr to step 4ward in expressing anything to people. A playground where nobody is allowed to play around with him. Everyone MUST be serious here...except him, of course...

MiNdSlAvEr'S PlAyGr0uNd

Nasyeed..... Di mana ikhlasnya niat kita??

Sunday, March 15, 2009 by MiNdSlAvEr

Assalamualaikum...

Baru balik ja dari Malam Inspirasai Seni bertempat di Chansellor Hall. Penat pun belum hilang lagi, ditambah dengan excitement nak habiskan buku Fikh Sirah 1 yag dibeli di Ekspo 'Halalfest'. Tetapi dengan test yang bakal menjelang, terpaksalah hasrat murni ini ditunda dahulu...

Enak dendangan nsyid malam ni, penghayatan tema Rasulullah telah berjaya dibawa kebanyakan kumpulan (...kecuali grup Sonic, Izkar n Daus... judges2 In-Team pun ckap key lari... takziah laa...)

Dalam keasyikan kita bernasyid ni, harus diingat... terdapat suatu elemen yg sering ditekankan baik di dalam usrah, kem2 motivasi mahupun oleh pejuang2 islam.

...apakah ia....

NIAT! Niatlah penentu Ibadat dan adat, Niatlah yg membawa redha atau kemurkaan Allah, Niat juga yg menjadi penanda ukur hati kita samada berkarat atau murni...

" Dari Amirul Mukminin Umar Al-Khattab r.a katanya : " Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : - ' Hanyasanya amalan-amalan itu adalah ( bergantung ) kepada niat, dan hanyasanya bagi setiap manusia itu apa ( balasan ) yang diniatkannya. Maka barangsiapa yang berhijrah kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya itu adalah kepada Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa yang berhijrah kerana dunia yang ingin ia memperolehinya atau kerana seorang perempuan yang ingin ia menikahinya, maka hijrahnya itu adalah atas apa yang ia berhijrah kerananya.'
-Dipetik dari Hadis pertama dalam Hadis 40-

Nah! Jelas tertera akan kepentingan niat dalam kehidupan kita. Sudah berbuih ditekankan, "Ikhlaskan niat, ikhlaskan niat, ikhlaskan niat...."

Tetapi, sejauh mana kita ambil cakna kata2 ini??


Menari dengan asyiknya sambil bernasyid, berlebih2an dalam melagukan nasyid....

X salah bernasyid syeikh, tetapi niat 2 kna la jaga...


Tanya semula diri kita, apa tujuan kita di atas pentas??

Berdakwah?? Alhamdulillah...

Nak menang?? Hmm, xckup elok 2...

Nak tarik perhatian muslimat?? Masyaallah...


Slepas keputusan diumumkan, kalau dah sampai memaki hamun, tension sbb xdapat tmpat pertama, adalah sesuatu yg xkena pada niat kita 2...

Allah xpandang hasil yang kita peroleh pada akhirnya, usaha kita itulah yang dipandang...

Jadi, kalau selepas ni ada niat nk sertai mana2 pertandingan, fikir2kan dulu... Bukan niat di sini nak mematahkan semangat, cuma sekadar perkongsian pengalaman dan pengetahuan sekadar yang ada. Kepada yg nak bernasyid, teruskanlah. Cuma, 1 sahaja pesanan di sini...IKHLASKANLAH NIAT...

Wallahua'lam



P/S: MU kalah 4-1 di tangan Liverpool, Arsenal menang 4-0 ke atas Blackburn... Sekadar update EPL.... dan Mujahidin dapat tempat ke-4 dalam final MIS (Team Izkar n Fathin 2...)

Filed under having