A playground 'made' on the purpose for MiNdSlAvEr to see things in all perspective, encouraging MiNdSlAvEr to step 4ward in expressing anything to people. A playground where nobody is allowed to play around with him. Everyone MUST be serious here...except him, of course...

MiNdSlAvEr'S PlAyGr0uNd

Showing posts with label Motosikal. Show all posts
Showing posts with label Motosikal. Show all posts

Laporan 'Lawatan' Ke Suzuki Assembler (M) Sdn. Bhd

Saturday, March 13, 2010 by MiNdSlAvEr


Pada minggu lepas telah diadakan sesi 'Lawatan' ke Suzuki Assemblers (M) Sdn Bhd. Lawatan disertai oleh hampir 3 orang iaitu aku, pemandu lori dan pembantunya. Lawatan diadakan bertujuan untuk memarahi orang2 di Suzuki kerana melepaskan defect keluar dari kilangnya serta mengclaim warranty yang masih ada.

Setelah lori disewa, 'bahan2 bukti' dibawa naik dan perjalanan diteruskan melalui BKE (Butterworth-Kulim Expressway) menuju ke lokasi yg terletak di Seberang Perai, Pulau Pinang.

Setelah melalui beberapa tol dan membayar lebih 3 ringgit, kami memasuki Lebuhraya PLUS menuju ke selatan. Ternyata keadaan di sekeliling amat membahang panasnya. Namun, tiba2 pemandu memberi isyarat yang dia tidak mengetahui di mana lokasi berada. Selepas berhempas pulas memusing stereng, menelefon sahabat handai dan sanak saudara untuk bertanya alamat, kami tiba di pintu pagar Suzuki Assembler.

Selepas berdialog dengan pihak sekuriti dan melalui 2 gate, kami tiba di kawasan servis. Mekanik yang menjawab panggilan telefon sebelum ini menyapa rombongan kami dengan rasa pelik dan hairan (ya la, moto baru pun leh rosak..). tidak lama kemudian, rombongan berpecah kerana pemandu dan pembantunya ingin berkejar ke trip seterusnya. Selepas bersalaman, aku menunggu sorang2 di kawasan servis itu. Sementara menunggu, aku singgah di bilik pameran Suzuki berhampiran yang berhawa dingin. Di sana, aku di'sapa' dengan pemandangan berikut:

Suzuki Hayabusa yang mustahil untuk dibeli..


Nama yang salah cetak... mana Hayabusa?


Suzuki GSX-R 1000, murah sikit dari hayabusa, tapi mustahil jugak nak dibeli...


Pandangan tepi Suzuki Hayabusa. Ekor belakang berbentuk tebuan yang pelik..

Meter display yang mengagumkan. Usha dekat2 ada tulis sampai 320 @ 340 km/j!!


Twin Exhaust kat GSX-R 1000. Sebab apa 2? Sebab power sangat...


Selepas beberapa ketika, sesi servis pun tamat. Aku diberi semula kunci dan permohonan maaf diberi atas defect yang berlaku. Sepanjang perjalanan pulang, air mataku terus berlinang ...bukan sebab terharu, tapi sebab....



....helmet ni ja taukeh kedai kasi kat aku.. jadi, xleh la nk bawak laju2, habuk masuk mata abes pedih... T_T


Disediakan oleh: MINDSLAVER

Rekod Baru!!!

Tuesday, July 21, 2009 by MiNdSlAvEr

'...Bek aku turun p sejid arini. lama dah xturun rasanya' Aku asyik dok monolog sndri2. dengan secepat cipan, aku salin baju, amik ayaq smayang dan amik kunci moto aku dan pantas berjalan kuaq.

Dari jauh, aku nampak NSR aku terpacak megah bersebelahan... sebuah moto buruk mana tah. Hmph, mncemar pemandangan ja.. Ada jugak pikiaq menda jahat dalam nk p smyg 2.. (Ayat kat atas ni saja aku tulis... bg dramatik sket). Aku naik, stat moto. berderum bunyi kuaq kat ekjoz 2... Bising kot!! Boleh rasa org2 kat blok2 sblah ni tgh maki2.. Ya la, bising sangat...

Umair tetiba kuaq.. Aku pon salam2 la ngn dia, pas2 tnya 'nk p msjid ka??'. Cm bodo la plak soklan aku 2, xkn la dia nk p kelas kot kan?? xpa la...Dia pon stat moto, pas2 blah. Dia ikut jalan shortcut. aku lak, tetiba teringin nk ikut jalan jauh. Byk la skit pahala.. Hehe...

Tarik clutch, masuk gear 1, aku pulas throttle slow2. Baru oberhol, kna la bwk slow2. takut hancoq ja enjin. laju ja respon enjin, moto aku pon mula la gerak ke depan, dari tempat paking, ke kafe v5, ke blok v5 pompuan, sampai ke simpang 3. Usha keliling, nampak sorang pompuan dok tcngak kat susur gajah... Dia buat apa, aku xmo pikiaq. Ada sebijik vios itam dekat ssitu. Aku pon berenti sat, tengok kiri kanan, pastu pulas throttle nk ke kanan.

'PINN!! PINN!! PINN!!' Eh?? Awat alarm keta vios ni bunyi lak?? ada org nk pecah msuk ka?? Aku usha skit2, xdak lak pompuan kt susur gajah 2 sentuh2 keta 2. Dah 2, dia pandang aku lak. Aii, awat ni?? Jalan depan skit, baru aku sedaq... BISING KOT MOTO AKU NI!! SAMPAI ALARM KETA PON LEH BUNYI!! Ni dah tahap Corvette Z06 dah ni!!

Dengan muka xngaku bersalah, aku pecut p msjid... Kepada owner keta, kalo terbaca la post ni (x kot..) maap la sesangat. bukan niat nk gnggu keta 2, xsengaja.. :P

Filed under , having  

Terpaksa kulepaskan jua...

by MiNdSlAvEr

Aku dah mula berkira2 nak lepaskan moto kesayangan ni.

Katalah apa yg ampa nk kata, 1 simple fact, aku nk kna lepaskan. Sebab? Banyak sebenaqnya:

1. Minyak; Punya la pelahap. Tapi 2 sblm oberhol la, skrg dah efisyen skit. Tapi masih cukup untuk merabakkan poket aku yang dah mula kering ni...
2. Pertemuan dgn Suzy; Dah jatuh cinta la pulak aku. Kalau dilihat memang sgt2 umph la suzy ni.. Esh, jgn la salah paham... Suzy ni bukan pompuan, cuma short form utk SUZUKI ja...
3. ...merangkap sebab yg amat mendorong, Bunyi; Tgk la pos aku sblm ni....
4. Duit; aku pon sedaq ekonomi dah goyah. Memang boleh nk tagih simpati kat parent ngn abg aku, tp...what's the point of living on ur own? nk gak belajaq erti kehidupan tnpa bergantung kat org tua..

Sebenaqnya aku sayang nk juai. Ya la, dah merata aku p dgn dia. tp, kita kna blajaq melepaskan sesuatu pergi. Walaupun pada ketika post ni ditaip aku still berkira2 nk lepaskan, aku rasa aku akan lepaskan jugak in the end...

Filed under , having  

Moto Oh Moto... Huhuhu~~

Friday, June 05, 2009 by MiNdSlAvEr

"Sabtu ni pon dah boleh siap, xyah tunggu ahad aih.."

Simple n santai reply abg Nan kat aku... Terkedu tgk moto kat bengkel... Seat dah kt tanah, coverset kat dalam kedai, tank atas spare tyre, enjin berlubang kat atas...

MOTO AKU KENA FULL OVERHAUL!! (bg yang noob.. overhaul ni proses remake enjin bg baru balik)

Aku x sangka lak yg Abg Nan kan overhaul enjin aku! Selama ni au antaq moto kat kedai dia kena sntiasa update baru apa yg aku nak 2 menjadi. Tapi kali ni, skali msg ja... trus jalan keja 2...

Aku x kesah... pasni aku makan rumput tepi utp ja la tiap2 hari... Rumput masak lemak pon sodap ja kan? Tapi...

AKU NK KENA JALAN JAUH PASNI!! XKAN NK BWK ATAS HIGHWAY DGN SPEED MAKSIMA 80 KM/J JA KOT? PATAH LA PINGGANG AKUUUUUUU!!~~~~

Tensen2... Salah prediction la ni... Jadi, atas atsar tensen melampaw2, aku pon surfing bukak tenet sambil siapkan keja2 aku yg sikit lagi bersisa ni...

Tetiba, teringat nk surfing pasal motor aku.. surfing pnya surfing, jumpa benda idaman aku: owner's manual kepada moto aku.. Bertaun jugak aku cari. Jumpa memang jumpa, tp slalu broken link. Kali ni, 1 website permotoran eropah yg hostkan. Dengan speed internet UTP yg baru, aku download.

Waa... Berilmu la lagi aku pasni pasal moto aku.. se'page' demi se'page' aku baca. Pasal penjagaan, minyak enjin, coolant, rantai, meter....last2 smpi kat part 'running-in' (Juga utk noob: Running-in ni period time moto stil baru beli, kira time 'pantang' la ni)

Aku teruskan membaca sampai satu phrase yg membuatkan aku tetiba berseri dan melompat kesukaan! Part mana 2? Part ni:

"Maximum continuous engine speed during the first 1,000km (600 miles) must not exceed 8,000 rpm"

Sebab apa aku hepi? SEBAB 8,000 RPM 2 LAJU KOT!! Bukan 80 km/j tu, tu dah sampai 140 km/j!!

Maka dgn ini, journey aku cuti ni akan jadi menarik dan x perlahan spt yg dijangka!! HAHAHA!!

Filed under , , having