A playground 'made' on the purpose for MiNdSlAvEr to see things in all perspective, encouraging MiNdSlAvEr to step 4ward in expressing anything to people. A playground where nobody is allowed to play around with him. Everyone MUST be serious here...except him, of course...

MiNdSlAvEr'S PlAyGr0uNd

Laporan 'Lawatan' Ke Suzuki Assembler (M) Sdn. Bhd

Saturday, March 13, 2010 by MiNdSlAvEr


Pada minggu lepas telah diadakan sesi 'Lawatan' ke Suzuki Assemblers (M) Sdn Bhd. Lawatan disertai oleh hampir 3 orang iaitu aku, pemandu lori dan pembantunya. Lawatan diadakan bertujuan untuk memarahi orang2 di Suzuki kerana melepaskan defect keluar dari kilangnya serta mengclaim warranty yang masih ada.

Setelah lori disewa, 'bahan2 bukti' dibawa naik dan perjalanan diteruskan melalui BKE (Butterworth-Kulim Expressway) menuju ke lokasi yg terletak di Seberang Perai, Pulau Pinang.

Setelah melalui beberapa tol dan membayar lebih 3 ringgit, kami memasuki Lebuhraya PLUS menuju ke selatan. Ternyata keadaan di sekeliling amat membahang panasnya. Namun, tiba2 pemandu memberi isyarat yang dia tidak mengetahui di mana lokasi berada. Selepas berhempas pulas memusing stereng, menelefon sahabat handai dan sanak saudara untuk bertanya alamat, kami tiba di pintu pagar Suzuki Assembler.

Selepas berdialog dengan pihak sekuriti dan melalui 2 gate, kami tiba di kawasan servis. Mekanik yang menjawab panggilan telefon sebelum ini menyapa rombongan kami dengan rasa pelik dan hairan (ya la, moto baru pun leh rosak..). tidak lama kemudian, rombongan berpecah kerana pemandu dan pembantunya ingin berkejar ke trip seterusnya. Selepas bersalaman, aku menunggu sorang2 di kawasan servis itu. Sementara menunggu, aku singgah di bilik pameran Suzuki berhampiran yang berhawa dingin. Di sana, aku di'sapa' dengan pemandangan berikut:

Suzuki Hayabusa yang mustahil untuk dibeli..


Nama yang salah cetak... mana Hayabusa?


Suzuki GSX-R 1000, murah sikit dari hayabusa, tapi mustahil jugak nak dibeli...


Pandangan tepi Suzuki Hayabusa. Ekor belakang berbentuk tebuan yang pelik..

Meter display yang mengagumkan. Usha dekat2 ada tulis sampai 320 @ 340 km/j!!


Twin Exhaust kat GSX-R 1000. Sebab apa 2? Sebab power sangat...


Selepas beberapa ketika, sesi servis pun tamat. Aku diberi semula kunci dan permohonan maaf diberi atas defect yang berlaku. Sepanjang perjalanan pulang, air mataku terus berlinang ...bukan sebab terharu, tapi sebab....



....helmet ni ja taukeh kedai kasi kat aku.. jadi, xleh la nk bawak laju2, habuk masuk mata abes pedih... T_T


Disediakan oleh: MINDSLAVER