A playground 'made' on the purpose for MiNdSlAvEr to see things in all perspective, encouraging MiNdSlAvEr to step 4ward in expressing anything to people. A playground where nobody is allowed to play around with him. Everyone MUST be serious here...except him, of course...

MiNdSlAvEr'S PlAyGr0uNd

Malam yg Panjang...

Wednesday, March 03, 2010 by MiNdSlAvEr

Malam ni aku plan dah nk kuaq ke bank, ada urusan penting nak kena settelkan. Pas makan malam, solat, aku amik kunci moto, pakai t-shirt n selipar, amik helmet KHI aku n terus p ke moto.

Haii... dah 2 hari suntuk xbawak Belang jalan2, boleh la panaskan enjin on the way tu. Stat moto, dah. Padlock bukak, dah. Jaket? Err... maleh nk pakai. Dari jauh dah boleh dengaq bunyi guruh sikit punya kuat... tp, xpa. Nama pon lelaki, xmain la pakai baju hujan kan? ...dan sat ja lagi aku akan dapat pengajaran daripada apa yang aku buat ni...

Kuaq dari taman, terus pulas throttle nk ke pekan Kulim. Jauh dalam 8-10km gak, xpenah bother nk ukoq selama ni... sampai ja kat simpang 4 Kelang Lama, rasa kna cucuk2 kat dada... Dah turun ujan pulak~! Jenuh pecut ke stesen Shell kat situ. Sampai ja kat sana, nampak ada 2-3 moto lagi masuk parking jugak... Semua dok tunggu ujan berenti. Ingat nk guna mesin ATM kat situ, alih2 abis letrik pulak... Kna la teruskan ke Kulim. Sambil2 dok tunggu tu, sempat jugak msg mintak tolong junior sorang ni buat banner, kna la pandai urus masa kan...

Gambaq diamik masa tengah bosan tunggu hujan berenti....

Lepas sejam, baru la ujan berenti sikit... Bank ada dalam 2 kilometer lagi. Dalam hati takut jugak kalau2 hujan turun balik, tapi... p ja laa... lagipun, bak kata Jeremy Clarkson, what could possibly go wrong kan?? ...kejap ja, terus go wrong! Hujan lebat balik. Baru 500 meter kena la berenti kat 1 gerai makan. Dah la gerai tutup, suasana lak... masyaallah menyeramkan! Xberani nk dok lama2 kat situ, terus start balik enjin n redah jugak hujan yang xmau sereyat2 a.k.a reda.

Sampai kat lampu isyarat, ada lak mat rempit kat sebelah. Dok asyik pandang2, aku pon pikiaq, 'ujan2 pon nk lumba lagi...' Dengan niat nak bagi dia insaf, aku pon terus full throttle dari lampu isyarat tu ke depan. Alhamdulillah, lepas beberapa ketika, dia pon slow down dan xkejaq dah. Harap2 dia insaf yang ubahsuai2 moto ni xbawak ke mana pon... nak laju, beli moto baru.. haha!!

Last2 sampai gak kat ATM. Ada la geng2 skuter dok gelak2 tengok aku basah lencun baru sampai situ. Aku xkisah pon... Masuk bank, wat urusan, alhamdulillah selesai. Kuaq2 ja bank, ujan pon berenti. Alhamdulillah Allah permudahkan... Stat moto, amik jalan shortcut nk blik. Rupa2nya jalan 2 penuh ayaq bertakung! Angkat kaki la sambil2 bawak moto 2. Dah angkat kaki pon seluaq basah kuyup jugak... sedih2...

Masuk ja jalan besaq, ujan turun balik...again... Nampak stesen shell, kena la buat pit stop. Shell ni dah gelap terus, orang pon xdak. Tapi, apakan daya, ujan memaksa. Aku turun, perah baju n tengok orang pakat dok makan kat Dynaz dengan hati yang sayu sebab xbawak duit sangat nk makan. Tengah2 dok, ada 2 bijik keta masuk stesen 2... Drebar dua2 keta dok pandang 1 sama lain n perati aku sambil2 tu. Aku p kat moto, stat enjin n blah.. nk kata depa nak isi minyak, sah2 stesen tutup. Ntah laa...

Dari situ, atu terus balik sampai rumah. Tengok2 jam rumah dah pukui 12 malam. Huh, memang malam yang panjang.....

Filed under , having  
There was an error in this gadget