A playground 'made' on the purpose for MiNdSlAvEr to see things in all perspective, encouraging MiNdSlAvEr to step 4ward in expressing anything to people. A playground where nobody is allowed to play around with him. Everyone MUST be serious here...except him, of course...

MiNdSlAvEr'S PlAyGr0uNd

TZM dan NSR 150 RR, mana yg terbaik??

Sunday, May 24, 2009 by MiNdSlAvEr

Assalamualaikum...

TZM dan NSR 150 RR. Ini adalah 2 nama motosikal two-stroke yg dah dikira sebagai 'lagenda' kat malaysia. dengan kapasiti enjin 150 cc, top speed yg xkalah dengan ninja 250R (Btul ni!! xtipu), design yg xmacam motosikal cub dan harga yg dah amat murah (sebab dah xdak 1st hand), agak ramai yg berkira2 memiliki salah satu daripada motosikal ini. Tetapi, disebabkan ada 2 pilihan, ramai yang pening nak menilai mana satu yg paling best untuk dimiliki.

Diakui, setiap 1 ada kelebihan dan kekurangannya. Jadi, berdasarkan pengalaman yg xseberapa, aku listkan sedikit guideline dalam nak memilih salah satu untuk dimiliki. Ingat, guideline ni dibuat atas pengalaman dan survey yg pernah aku buat dulu dan mungkin akan ada bias dalam penilaian aku. Apapun, masing2 ada pandangan tersendiri. Post ni terbuka untuk kriutikan dan diskasyen... Well, here goes nothing:

Perkara yg penting untuk di'highlight' dalam pemilihan:

1) Harga
- Dalam menilai harga, harus dilihat beberapa aspek seperti luaran, modifikasi, keaslian dan service history. Kalau cat dah luntur, stiker dah tanggal sana-sini, minta kurangkan harga. Service history pon penting. request untuk tengok resit2 servis sebelum ni dan bandingkan dengan kondisi motor 2. Dah puas hati dengan harga, baru beli... lg 1, kalo plate KL dgn Penang ni slalunya mahal dr biasa. Sebab, aku xtaw... Gugel la sndri ya...

2) Prestasi - Cuba COD dengan pemilik sebelumnya. Dah ada depan mata, request untuk cuba motor 2. Bawak sekali seseorang yg ada pengalaman pasal motosikal 2. Test utk pecutan, top speed, handling dan keselesaan. Kalau kondisi teruk sangat @ xmenepati dengan apa yg owner cakap... faham2 la apa nk buat....

3) Sparepart -
Ini AMAT penting!! Availability sparepart amat2 penting. Kalau sparepart payah nk jumpa kat tempat kita tinggal, baik elakkan. Sebabnya, kita nak membeli sebuah motosikal lama, pasti banyak sparepart yg perlu ditukar walau macamana baik pon owner sblum ni jaga. Beringat sebelum kena..

4) Komuniti -
Ini aspek yg xpenting sangat, tapi amat menguntungkan kalau ada. Mudah nk bertanya soalan dan tips2 modifikasi mudah. Kalau xdak komuniti motosikal tu, leh ja nk beli, tapi mungkin kena bergantung dengan owner asal shj (yg ada kemungkinan akan tipu kita)

5) Kebolehmodifikasian (haha...) -
No comment, the title says it all...

6) Design -
Err... ini subjektif... pakai gugel, search image, dah leh nilai

Kalau nk compare setiap motosikal, susah kot... Tapi, aku comparekan jugak (Msti bias punya...)

a) TZM




- Harga: Skarang ni harga TZM dalam pasaran second-hand skarang dah amat, sangat menjunam. Reason, aku pon xtaw. Mungkin sebab orang xminat sgt kot. Aku sndiri pon xminat sgt. Kalau nk yg murah, ni adalah untuk anda.Tapi jangan tgk harga ja, usha point 'harga' kat atas. tgk semua 2. Skarang ni TZM boleh dibeli dengan harga RM 2000 - 3000 sahaja. Kalo body dah di'fiber', mahal la skit... Kalo
- Performance: Memang kaw! Banyak king2 jalan zaman dulu suka TZM sbb straight line speed dia memang legendary! Boleh ja nk cecah 200km/j dengan modification. Cuma, ada org complaint yg part2 dia kurang tahan sangat, cepat rosak. Xberani aku nk komen panjang, sbb aku xpernah bwk TZM. Tapi pernah la nampak sorg mamat ni tolak TZM dia ngn kaki kat roundabout tmpt tinggal aku... haha...
- Sparepart: Agak senang nk jmpa, ini kelebihannya. walaupon senang breakdown (org la cakap...), sparepart dia murah dan senang nk jmpa. xdak la moto 2 nk tersadai lama2 kat kdai sbb xdak brg nk repair...
- Komuniti: Leh ja nk jmpa kt malaysianbikers ngn ridersmalaya. Cari la noo... xpernah jmpa lg forum TZM yg well established.
- Kebolehmodifikasian: Yg ni aku kurang pasti. Ramai owner TZM suka fiberkan body motosikal depa. Result: Stunning!!
- Design: Untuk stock design, pada pndgn aku, xlawa sangat. Sebabnya, tank dia terlampau besaQ dan ekor dia agak slim dr tepi compared to the tank. Depan ok, blkg ja kurang skit (cm aku ckap, ni pndgn aku...)

b) NSR 150 RR



- Harga: Sekarang dah meningkat balik. Sebelum ni leh dapat yg superb dalam RM 3500 ja. Last aku usha, dah naik smpi RM 4500. Sebab, ramai minat la kot...Walaupon dulu TZM yg reign malaysia....
- Performance: NSR ni kureng skit untuk short distance, tapi long distance memang kaw! Ini untuk stock bike la, kalo dah modified...err... xtaw la pulak. Ada yg pernah cecah 210km/j. Kena ingat, NSR 150 RR bukanlah the best NSR 150 sbb ada yg better iaitu NSR 150 SP, tp xlegal kt Malaysia. Org ckap sbb 'kuda putih' polis pun xpat nk kejar moto ni... Lg 1, NSR best buat main kat korner kalau... tgu.... Baca smpi kat part modifikasi.
- Sparepart: Yg ni sakit skit. Sparepart NSR AMAT PAYAH nk jmpa!! Dan disebabkan 2, harganya amat2 mahai!! Tapi, part NSR tahan lasak. So, xmudah rosak tp xmudah nk jmpa sparepart. Sapa yg tinggal kat utara digalakkan pakai NSR sbb snang ja nk cross p siam kan??
- Komuniti: NSR ada komuniti paling well-established rasanya dgn adanya www.nsrmalaysia.com. Semua ada kat sini. Kalo dah ada NSR sebijik, xlengkap kalo xjoin cni.
- Kebolehmodifikasian: ProArm yg paling femes. Kalo dah pasang, leh ja nk korner smpi lutut rabak... Ramai yg convert R @ RR ke SP sbb improvement dalam performance memang ketara..
- Design: NSR lebih balance daripada TZM kalo dilihat dari tepi. Tank sederhana besar dan ekor yg x terlalu kurus... Tapi lampu depan yg bulat 2 tu mungkin agak xbest bg sstgh org... aku ok ja... kalo nk ubah lmpu 2, pakai ja coverset NSR SP, lampu dia lg stylo....


Pilihan di tangan masing2. Jangan ragu2 sangat, yg penting puas hati in the end... ok?

Filed under having